Sharing Session (11 Oktober 2020)

Image Courtesy: priorysolutions.com

Bedah Buku -
Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri Oleh
ZA'BA

Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri oleh Allahyarham Pendeta Za’ba adalah antara buku yang wajib dibaca oleh setiap orang. 

Di dalam buku ini Za’ba mengkritik perangai dan sikap orang melayu yang tidak percaya pada diri, terlalu bergantung diri dan harapan kepada orang lain, lemah cita-cita dan kurang hemah yang menyebabkan kemunduran bangsa melayu itu sendiri.

Buku ini terbahagi kepada dua risalah dan setiap risalah mempunyai empat bab. Setiap daripada kami membedah setiap satu bab.

Risalah Kedua: PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI

Bab Pertama:  Wajibnya bagi Mendapat Kejayaan (Fitriyyah)
Setiap manusia itu mempunyai tanggungjawab dan bahagian masing masing. Mereka hendaklah melaksanakan tanggungjawab dan bahagian mereka dengan daya usaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Za’ba juga mengkritik sikap berharap kepada orang lain; contoh mengharapkan pahala tahlil dan syafaat Nabi Muhammad SAW setelah meninggal dunia tanpa berusaha untuk mengumpulkan pahala dari amal sendiri semasa hidup. Untuk mereka yang berusaha keras dengan daya mereka sendiri, hanyalah kejayaan buat mereka. 

Bab Kedua: Kekurangan Kita dalam Sifat ini (Nasihah)
Disambung dari bab satu, Za’ba juga mengkritik sikap bergantung kepada orang lain untuk menaikkan taraf hidup masing masing. Kita terlalu berharap kepada Biasiswa atau pendidikan percuma. Jika tidak mendapat peluang, maka tiadalah usaha ia untuk mendapatkan pendidikan tersebut. Begitu juga dalam berniaga. Kita terdorong untuk membuat berniaga kecil, kais pagi makan pagi dengan alasan tiada modal. Jikalaupun ada modal, mereka tidak menggunakan secara hemat.

Bab Ketiga: Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agama (Afiq)
Tuhan sentiasa menyuruh kita menggunakan akal fikiran dan pertimbangan kita sendiri. Hal ini diulang berulang kali di dalam Al-Quran yang bermaksud ” Tidakkah kamu berfikir!” “Tidakkah kamu berakal!”. Oleh itu, bertaklid buta sangat dikeji oleh agama kerana banyak kemudaratannya. Kita disarankan untuk mengkaji sesuatu perkara dan jangan mengikut secara membuta tuli. 

Bab Keempat: Bersendiri pada Ilmu dan Amalan (Hanim)
Ilmu dapat membolehkan seseorang yang sihat akal itu bersendiri memahamkan ajaran ajaran agama. Kita hendaklah menggantikan segala fikiran kita yang kolot dan kuno kepada fikiran fikiran baharu yang segar, yang bersaksi benar melalui ujian Quran besendi akal dan ilmu pengetahuan.

Risalah Ketiga: KEBAJIKAN DAN KEJAHATAN

Bab Pertama: Fahaman yang Luas (Alyaa)
Baik bermaksud sesuatu yang memberi manfaat zahir atau batin, dunia dan akhirat serta dipandang mulia dan kepujian pada timbangan akal yang insaf dan siuman. Manakala, jahat pula tiap tiap yang berlawanan dengan baik, tiap tiap perkara yang memberi kemudaratan, kerosakan dan kerugian zahir dan batin, dunia dan akhirat. 

Tingkat – tingkat kebajikan:-
– Berbuat adil
– Berbuat adil kepada Allah
– Berbuat Ihsan
– Berbuat baik kepada Makhluk Allah

Tingkat – tingkat kejahatan:-
– Al-fahsya
– Al-munkar
– Al-baghy

Bab Kedua: Baik dan Jahat Tetap Ada (Elliza)
Kedua-dua baik dan jahat, kebajikan dan kejahatan akan sentiasa ada di dalam susunan tabiat alam ini, tidak kira di dalam hati atau luar, rohani atau jasmani. Sebagai contoh, sedekah asalnya perkara yang mulia dan sangat dituntut dalam agama. Tetapi apabila ia diselaputi dengan niat menunjuk-nunjuk maka terhasillah riak. Sia- sia lah sedekah itu!

Bab Ketiga: Fahaman yang Sempit 
Namun ada yang berfikiran sempit soal baik dan jahat hanya meliputi hal hal ukhrawi sehingga meninggalkan adab dan budi perkerti kerana mereka bersikap baik hanya untuk manfaat diri sendiri. 

Bab Keempat: Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya (Hafiz)
Umat islam semakin jatuh disebabkan iman yang cetek, lemah dan kosong! Oleh itu, hendaklah kita sentiasa memperbaharui pemahaman dan membetulkan kesalahan supaya kita menjadi umat yang kuat dan berjaya kembali dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. 

Facebook
Twitter
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

continue reading