©threatpost.com

Sharing Session 27 September

Hanim – Punca Utama Pelanggan Curang.

Menurut Hasbul Brothers, jangan hanya sekadar assume kenapa pelanggan anda lari. Buat kerja mudah, tanyakan kepada pelanggan anda, apa yang buatkan mereka berhenti membeli produk kita. Mungkin tiada upgrade? Tidak nampak marketing? Bukan niche mereka? Bina lah hubungan dengan pelanggan anda. Kalau tidak, kita akan berniaga syok sendiri. 

©medium.com

Elly – Tips Penulisan Berpengaruh

Antara tips yang paling penting untuk tulisan yang berpengaruh daripada Khairul Hakimin, pastikan ejaan anda gunakan adalah betul. Ejaan yang bagus akan membantu menaikkan kredibiliti. Gunakan perkataan yang biasa. Minimal kan perkataan bombastik. Pembaca kurang faham, maklumat tidak sampai. Gunakan ayat yang tepat. Jangan membebel elakkan pengulangan perkataan di dalam 1 perenggan. 1 perenggan, 4-5 baris ayat sahaja. Mudah untuk pembaca. Bertenang ketika menulis. Elak daripada beremosi. Tulis perkara yang anda mahir, jika ada isu yang sedang hangat, kaji dahulu sebelum menulis. 

©us.cnn.com

Fit – Copywriting That Convert (CTC)

Kelas Akif Azizan di MySpace Ampang, mengajar marketer untuk menulis copywriting yang bagus untuk iklan. Terdapat 3 elemen penting. The Big Picture, Strategy Copywriting dan Taktik Copywriting. Perlu faham psikologi manusia dan bahasa sebelum anda mengarang copywriting. Bagaimana? Keluar dan jumpa pelanggan. Jangan segan bertanya pengalaman mereka menggunakan produk, atau kesediaan mereka untuk ulang langgan produk kita. Bekerja lah seperti saintis. Selagi tak jadi, selagi itu kita ubah suai iklan. “Test your creative, everything will be easy”.

©medium.com

Afiq – Control Your Thoughts

Daripada akaun Instagram @billion.dollars.motivation, jangan beri alasan. Katakan kepada diri anda sendiri. I didn’t have the time, but I made time. I didn’t have the knowledge, but I kept learning and did what I knew. I didn’t have support, but I learned to support myself. I didn’t have the confidence, but the confidence came with results. I had a lot going against me, but I had enough going for me. I had plenty of excuses, but I chose not to use any of them!

©medium.com

Hafidz – Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Di dalam buku How to stop worrying and start living oleh Dale Carnegie, ada 1 kisah mengenai Harold yang ditimpa musibah. Ketika beliau sedang mengeluh kesah dengan nasib menimpa dirinya, beliau terpandang seorang lelaki tempang tanpa kaki mencari rezeki. Walaupun dengan keadaan yang tidak sempurna, lelaki tersebut masih gigih mencari rezeki. Apa lagi alasan kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang kita ada?

 

©inc.com

Alya – 5 Kaedah SOP

Daripada kelas saudara Abdul Basit, Byond Success; terdapat 5 kaedah untuk SOP dalam berbisnes menggunakan akronim SETUP. Structure, Execute, Test, Upgrade & Performance

©businessclubafrica.org

Nasihah – Recognizing Opportunities and Generating Ideas (MASTERMIND)

There are three general approaches entrepreneurs use to identify opportunities. 

First Approach: Observing Trends. Ada 4 trends iaitu economic forces, social forces, technological advances & political action and regulatory changes.

Second Approach: Solving a Problem.

Third Approach: Finding Gaps in the Marketplace

 

©Brainshark

Dr Wan – Burning Desire

Lawan alasan karut dengan menggunakan betul-betul masa untuk cari ilmu. Walau tinggi mana skill anda, jangan tinggal core competency. Ada 1 cerita dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Syaitan boleh nampak manusia tetapi manusia tidak nampak syaitan. Seolah-olah kita sedang dalam pertandingan tinju. Lawan kita nampak, sedangkan kita buta. Bagaikan anjing pengawal, untuk mengelakkan anjing tersebut menyerang kita, berbaiklah dengan tuannya. Untuk menghalang godaan syaitan? Mendekatlah dengan ‘tuan’ kepada syaitan iaitu Allah.

©LAFFAZ

Encik Zam – Bagaimana Nak Mencapai Kejayaan?

  1. Carilah ilmu
  2. Ada ilmu, amalkan secara konsisten
  3. Social connection. Siapa yang kita kenal sangatlah penting dalam bisnes.

©Medium